Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Sophia: Jadikan tahun 2008 ini sebagai tahun yang terbaik untuk mencapai segala IMPIAN! We can do it!
GK: happy new year..care to exchange link?if so let me know so I can add your link to my blog
Normala: Sdr Haffizy, terus lakukan biz ini dan kita lakukan sama-sama!
Normala: Salam Aidil Fitri untuk Sdr Haffizy sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Sophia: Salam Aidilfitri buat En. Haffizy seisi keluarga. Maaf dipinta andai ada tersalah laku, tersilap kata, terkasar bahasa. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Sophia, Akyairee dan Faris Akhyar
Sophia: Tahniah En. Haffizy. InsyaAllah dengan usaha yang gigih dan berterusan, kejayaan bakal menjadi milik anda!
Normala: Salam Ramadhan. Semoga terus sukses.
Normala: Tahniah Sdr Hafffizy. Teruskan usaha.
Sophia: Tahniah En. Haffizy di atas lahirnya blog ini. InsyaAllah kita berusaha bersama-sama mendaki PUNCAK JAYA! We can do it!

Please type in the four characters shown in the black box.

Thursday, March 6th 2008

12:01 AM

Program Jutawan X.Stream

Salam Buat Semua

Ingin merealisasikan Impian Anda Untuk Bergelar Jutawan. Anda Semua Dijemput Untuk bersama-sama kami dalam Progam Jutawan XStream

 

Program Terdekat:

15 Mac  2008 – Roadshow Jutawan X.Stream @ Temerloh @ 2.30 petang

16 Mac 2008 – Roadshow Jutawan X.Stream @ Kuala Lumpur @ 2.30 petang

18 Mac 2008 - Roadshow Jutawan X.Stream @ Seberang Jaya @ 8.30 malam

Hubungi saya di 016-2960400 bagi anda yang berminat untuk mengikutinya. Cepat sebelum terlambat

www.alivingmydream.com.my/haffizy/

 

0 total comments / add comment

Monday, February 18th 2008

6:08 AM

Testimoni Susu IgG Smart Naco

Salam Buat Semua,

Kesihatan adalah kunci kekayaan kita. Bagi yang mementingkan kesihatan, perdengarkan seketika video klip yang disertakan. Anda akan lihat dimana pentingnya bagi kita memelihara kesihatan.

Kami di Smart Naco ada produk-produk berkenaan bagi membantu memelihara kesihatan anda. Malahan jika berminat kesihatan anda boleh juga menjana pendapatan yang lumayan. Bagaimana???

Jika berminat hubungilah saya Hafizi di 016-2960400 ataupun email rexto_73@hotmail.com. Smart Success Team dalam Smart Naco akan membantu anda memelihara kesihatan anda, keluarga atau rakan anda serta menjana pendapatan berganda secara sambilan.

Bertemu di Puncak Kejayaan

http://www.alivingmydream.com/haffizy/

6 total comments / add comment

Monday, January 21st 2008

3:59 PM

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK BERUBAH?????

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulilah bertemu kita sekali lagi.  Ini merupakan coretan pertama dalam Tahun 2008 ini. Tidak lupa juga Selamat Tahun 1429 Hijrah. Moga-moga  kita  menjadi insan yang lebih baik kepada agama dan sesama manusia hendaknya. Itulah yang dikehendaki oleh agama kita. Agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi, maka perbaikilah diri kita setiap masa, hari, minggu, bulan dan tahun.

Jika kita berada dalam zon selesa ketika ini(UMUR PANJANG, DUIT SEADANYA & BADAN SIHAT)....BERFIKIRLAH sejenak. JIKA SESUATU SEBALIKNYNYA BERLAKU PADA AKU PADA SAAT DAN HARI INI, BERSEDIAKAH AKU? BAGAIMANA DENGAN AMALAN AKU.....CUKUP DAN LENGKAPKAH? PENDAPATAN YANG AKU PEROLEHI INI ..CUKUPKAH UNTUK ISTERI & ANAK-ANAK AKU BUAT MASA HADAPAN YANG TIDAK KETAHUI HUJUNGNYA? KESIHATAN AKU... TIDAKKAH MENGGANGGU URUSAN SEHARIAN ATAU MEMBEBANKAN ORANG SEKELILING KU?

Itulah antara persoalan-persoalan yang mungkin berlegar dibenak fikiran kita. Mungkin banyak lagi persoalan lain buat anda ...RENUNGANKAN SEJENAK. BAGAIMANA BERSEDIAKAN ANDA?

Ya manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. TAPI pernahkah kita pasti kita merancang kehidupan kita? Apa yang kita inginkan 2,3 @10 tahun akan datang? ATAU kita hanya mengikut arus sahajaaaaaaaaaaaaa.????????

Rancang tanpa usaha umpama ANGAN-ANGAN MAT JENIN...yang akhirnya mati jatuh dari pokok.  Jadi bagaimana ANDA?

Atas perkara itulah saya bertekad untuk merubah diri saya. Biar saya yang mencipta kehidupan yang saya inginkan..bukan kehidupan yang mencipta laluan hidup saya. Bagaimana???

9/10 sumber pendapatan adalah dari perniagaan. Itulah kata-kata dari AGAMA ISLAM kita. Ekonomi dari PERNIAGAAN. Tapi pastinya terfikir dalam fikiran kita...aku ni bukan pandai berniaga pun...Nak jumpa orang pun maluuuuu, nak berniaga perlukan modal yang besar dan banyak lagiii.Jika terlalu memikirkan dan kita lihat dalam aspek yang NEGATIF maka pasti anda gagal SEBELUM MEMULAKANNYA LAGI.

 TAPI JIKA SEMUA PERSOALAN TERSEBUT ANDA LIHAT DALAM SUDUT POSITIF DAN ANGGAPNYA SEBAGAI CABARAN...INSYALLAH ALLAH AKAN TUNJUK & PERMUDAH JALAN TERSEBUT. BAGAIMANA BERSEDIAKAH ANDA?

Begitu juga dengan saya. Akhirnya dengan Perniagaan Smart NACO bersama SST ini yang saya pilih. Walaupun buat masa ini saya buat secara sambilan, insyallah dengan usaha saya dan bantuan dari rakan-rakan dalam SST ini, perubahan yang saya inginkan akan menjelma suatu hari nanti. Ini yang menariknya apabila berada dalam KUMPULAN SST ini. Bantuan dan sokongan yang jitu dari LEADER-LEADER dan rakan-rakan tidak pernah putus-putus dan rasa jemu kepada saya. ANDA ingin ketahui kenapa SST menjadi pilihan saya lawatilah www.alivingmydream.com/haffizy/ . Anda akan ketahui banyak perkara dan mungkin anda juga akan pasti tertarik untuk turut serta.

Sekian coretan saya buat masa kini. BERTEMU KITA DIPUNCAK KEJAYAAN

2 total comments / add comment

Monday, December 31st 2007

8:39 PM

SELAMAT TAHUN 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Semoga 2008 memberikan kenikmatan berganda buat diri, keluarga, sahabat dan umat sekelian insyallah.

Bersama-samalah kita memelihara kesihatan diri dan keluarga agar lebih terpelihara dan sempurna kerna itulah nikmat yang sebenar-benarnya.

Smart Naco membantu memelihara kesihatan anda dan keluarga. Lawatilah http://www.alivingmydream.com/haffizy/ untuk maklumat lanjut

26 total comments / add comment

Saturday, December 29th 2007

10:51 PM

BERMULA LANGKAH SETERUSNYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua,

Bertemu sekali lagi dalam alam siber ini di penghujung 2007 ini.

Ya...telah terlaluuuu lama tidak saya coretkan dalam blog saya ini.  Tugas saya yang memerlukan saya sering ke luar daerah hampir setiap minggu kebelakangan ini menyebabkan peruntukan masa yang saya inginkan dalam bisnes ini amat-amat terbatas. Ditambah pula dengan kekurangan kemudahan internet menambah kesukaran saya untuk mengemaskini blog saya. Masa berlaku begitu pantas sedar-sedar kini telah tiba ke penghujung Tahun 2007.Tetapi di dalam hati dan fikiran saya sering terfikirkan tentang impian saya untuk berjaya dalam bisnes ini masih tertangguh lagi..... terlalu banyak halangan dan ranjau yaa.

Bila saya kenangkan semula dari bacaan-bacaan saya dalam artikel akhbar Berita Harian tentang orang-orang yang telah berjaya dalam bisnes tiada satu pun dari mereka yang berjaya dengan MUDAH. Semuanya mengalami pelbagai rintangan sebelum mereka mengecap kejayaan. Itu yang sering memotivasikan diri saya setiap masa ....Ya JIKA MEREKA BOLEH MAKA AKU PUN PASTI BOLEH.  

Maka itu yang saya katakan pada diri saya sepanjang masa setiap hari. Ini saya lakukan agar impian yang saya inginkan akan menjadi kenyaatan suatu masa nanti. 

Maka dengan tekad dan azam, pengorbanan perlu saya lakukan. Langkah pertama adalah dengan melabur membeli komputer riba siap dengan kemudahan internet telah saya lakukan. Ini semua agar SDA akan dapat saya lakukan dengan lebih aktif lagi.  Selain itu saya dan keluarga juga telah menjadi pengguna tetap produk Smart Naco agar keberkesanan dan kehebatannya dapat kami sebarkan dengan mudah kepada bakal prospek.

Insyallah....seterusnya blog saya ini akan  dikemaskini sekerap yang mungkin bagi tatapan anda semua. Segala maklumat yang saya perolehi akan saya cuba kongsikan buat anda semua.

Telah tiba bagi saya memulakan pecutan untuk kejayaan yang saya inginkan dalam bisnes Smart Naco bersama Smart Success Team. Buat upline saya Pn Sophia yang tidak putus-putus memberikan dorongan untuk berjaya dalam bisnes ini.Terima kasih diucapkan.

Bagi anda yang ingin turut serta bersama-sama saya jangan berlengah lagi. Lawatilah http://www.alivingmydream.com/haffizy/ untuk maklumat lanjut.

Sekian buat masa kini. BERTEMU KITA DI PUNCAK KEJAYAAN . UNTUK KEBEBASAN MASA DAN KEWANGAN YANG DIIMPIKAN

0 total comments / add comment

Saturday, September 15th 2007

12:51 AM

Coretan 'Lifestyle Career Choice'

Coretan Sehari ‘Lifestyle Career Choice’ Seminar di Kuala Lumpur

 

Salam Pertemuan Buat Semua.

 

Telah terlalu amat lama aku tidak menulis diblogku ini. Terasa menyesal kerana ruangan yang telah tersedia ada tidak aku manfaatkan sepenuhnya. Pelbagai alasan aku terbitkan dalam diriku yang menyebabkan aku tidak menulis diblogku ini.

 

Sempena dengan bulan Ramadhan al Mubarak ini, aku berjanji bahawa bukan sahaja amal ibadat yang akan aku pertingkatkan ..……malahan bisnesku Smart Naco ini juga akan aku lipat gandakan. Umpama hadis nabi yang bermaksud ‘ Beribadatlah penuh khusyuk umpama kau akan mati esok hari, dan berkerja keraslah umpama kau akan hidup 1000 tahun lagi ’. Dengan itu juga blogku ini akan aku kemaskini sekerap mungkin.

 

Buat permulaan azam baru ini, satu pengalaman baru yang ingin aku kongsikan mengenai ‘Lifestyle Career Choice Seminar (LCC)’ yang telah aku sertai pada 9 September 2007(Ahad) yang lepas. Setelah beberapa kali latihan, perjumpaan serta seminar yang ingin diadakan tidak dapat aku ikuti…..mungkin sebab kesibukan dan mungkin juga sikap aku sendiri akhirnya dapat aku menolak diriku ini agar memberi ruang dan masa untuk turut sama menyertai seminar yang julung-julung kali diadakan oleh Smart Success Team (SST). Aku amat-amat bertuah dan bersyukur kepada Allah s.w.t kernaNYA telah menggerakkan diri aku serta memberi aku  usia, masa dan kesempatan bagi aku memperolehi ilmu yang amat berguna ini.

 

Terlebih dahulu ribuan terima kasih teramat sangat kepada Upline aku Pn Sophia. Atas usaha beliau yang tidak jemu-jemu menghantarkan informasi tentang latihan, seminar serta perniagaan Smart Naco ini, akhirnya dapat juga aku mengikuti seminar yang berguna ini. Bagi diriku satu ungkapan yang boleh aku katakan tentang LCC ini adalah HEBAT,

 

Tidak lupa juga kepada semua SPD & PD iaitu SPD Kaz, SPD Zul, SPD Che Din, PD Roshidi  & PD Ashriee yang telah hadir serta tidak lokek ilmu dalam menyampaikan  segala pengalaman mereka dalam SST serta berkongsi  ilmu-ilmu untuk berjaya.dalam MLM Smart Naco menerusi SST

 

Antara yang dapat aku lihat dan analisa sepanjang seminar ini adalah KEIKHLASAN yang lahir  pada setiap leader-leader dalam SST ini bagi memajukan setiap individu yang menyertai bisnes ini. Mereka adalah PEMIKIR (THINKERS) yang memeras otak bagi mencari jalan, ruang serta kaedah termudah dalam menjalankan bisnes ini. Kemudian segala penemuan tersebut mereka kongsikan bersama-sama dengan ahlinya agar kejayaan yang telah dicapai oleh mereka akan turut dikecapi oleh ahli-ahli mereka juga.

Ini yang menariknya dan terbaik dalam SST. Satu Kumpulan, Satu Matlamat, Satu Sistem. Sistem yang telah terbukti berjaya oleh mereka dikongsikan menerusi seminar, latihan serta pertemuaan seperti Seminar LCC ini. Kita hanya perlu memahami caranya dan mengikut serta mengaplikasikannya dalam menjalankan bisnes kita sendiri.

 

Selain dari itu juga aku temui semula tentang konsep  DIRI. Aku, kamu dan mereka semua serupa iaitu manusia. Tiada bezanya. Sering terlupa dan perlu diingatkan, sentiasa belajar  dan terus belajar, yang lebih dikongsikan bersama dan yang kurang cuba kita penuhinya. Maka berterima kasihlah kepada orang yang mengingatkan,  dekatilah pada orang-orang yang berlimu, bersedekah kepada yang memerlukan dan berusahalah bagi mengecap kenikmatan dunia dan akhirat.

 

Itu yang dapat dilihat dalam LCC ini. Aku diingatkan semula tentang potensi diriku. Aku tahu aku boleh buat dan aku mesti buat. Tidak tahu bagaimana? Maka disinilah aku perlu belajar dan terus belajar dari SPD yang telah berjaya. Maklumat yang ada dikongsikan bersama bagi menjamin kejayaan turut dapat dirasai serta kekurangan yang ada akan cuba aku atasi sedikit demi sedikit.

 

Di LCC ini juga aku diperingatkan kembali tentang BERFIKIRAN POSITIF. Satu istilah yang nampak mudah dan ringkas. Ya Berfikiran Positif. Jika aku kata BOLEH maka bolehlah terjadi insyallah tetapi jika aku katakan TIDAK maka beribuuuuu alasan akan muncul dalam fikiran yang akhirnya membantukan segala usaha aku. Maka aku perlu gunakan KONSEP 21 yang telah aku pelajari dahulu iaitu dalam tempoh 21 hari setiap pagi selepas bangun pagi katakan kata-kata YA, BOLEH, PASTI pada diriku terhadap perkara-perkara yang menghalang untuk aku berjaya. Salurankan semua kuasa dan tumpuan kepada perkara yang boleh aku buat dan atasi kekurangan yang ada. Insyallah kejayaan akan muncul kelak.

 

Itu antara intipati yang aku perolehi dalam Seminar Sehari LCC baru-baru ini. Aku bertekad setiap detik dan degupan jantung ini akan aku cuba perkembangan bisnes aku ini agar matlamat KEBEBASAN KEWANGAN DAN MASA yang aku impikan dapat dikecapi suatu hari nanti insyallah.

 

Buat kesemua peserta yang mengikuti Seminar LCC dahulu aku doakan kejayaan anda sekelian dan buat ahli kumpulan aku GEMILANG - Din, Ira dan Gina tahniah atas kejayaan kumpulan kita dalam menggondol persembahan terbaik  tempoh hari (you all the best). Anggaplah kejayaan ini merupakan batu loncatan untuk terus berjaya bersama Smart Success Team.

 

BERTEMU DI PUNCAK KEJAYAAN

Wassalam

 

P/s :Buat Din tahniah menjadi ‘THE  BEST MALE SPEAKER’ 

 

http://www.haffizy.usahawansejati.com

1 total comments / add comment

Friday, May 18th 2007

12:19 AM

MAKANAN TAMBAHAN - SUATU MITOS?

MAKANAN TAMBAHAN -SUATU KEPERLUAN

Bagi anda yang merasakan apa yang kita nikmati selama ini adalah cukup untuk kesihatan.Aktikel ini diambil dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Keluarga/20070578084955/Article/

PENGAMBILAN makanan tambahan amat penting dan menjadi keperluan hidup masyarakat kini kerana pemakanan harian yang diambil setiap hari tidak seimbang serta secara umum tidak mampu memberikan semua khasiat diperlukan.

Oleh itu, pengambilan makanan tambahan adalah sebagai alternatif bagi memastikan keadaan kesihatan sentiasa sihat. Hakikatnya, setiap orang memerlukan makanan tambahan berkualiti tinggi dan boleh membantu mengisi semula vitamin, mineral serta antioksidan penting yang sepatutnya berada dalam makanan dimakan.

Pendidik dan Ahli Biokimia dari Kanada, Lyle MacWilliam, berkata makanan tambahan adalah seperti pelan insurans kesihatan peribadi yang akan melambat atau membantu penuaan secara perlahan.

Beliau berkata, kepentingan makanan tambahan berkhasiat tidak hanya berguna ketika seseorang itu jatuh sakit sebaliknya, paling utama diperlukan ialah untuk mengekalkan tahap kesihatan.

“Penuaan dan penyakit adalah kenyataan yang berlaku, tetapi kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan terus sihat, termasuk pengambilan makanan tambahan. Malah, penuaan adalah pilihan yang anda buat setiap hari,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis pelancaran buku, ‘Comparative Guide to Nutritional Supplements’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis itu anjuran Usana Health Sciences, syarikat yang membangun dan mengeluarkan makanan tambahan berkhasiat di Amerika Utara.

Lye yang berada di Malaysia untuk melancarkan buku edisi keempat karyanya itu berkata, kajian 38 tahun menunjukkan keperluan makanan tambahan termasuk ketiadaan pengambilan vitamin didapati antara penyebab penyakit kronik.(Artikel lengkap bolehlah layari laman web berkenaan)

Jadi buat anda Susus IGG Smart Naco suatu yang anda boleh fikirkan untuk kesejahteraan anda sekeluarga.

Bukan itu saja..anda boleh perolehi sumber pendapatan yang lumayan jika anda bersama kami di Smart Success Team yang merupakan pasukan terhebat dalam Smart Naco.

Apa tunggu lagi, layari http://www.haffizy.usahawansejati.com atau hubungi saya di talian 016-2960400. Saya sedia membantu anda pada bila-bila masa sahaja


7 total comments / add comment

Monday, May 14th 2007

1:58 AM

Anda & Kuasa Network Marketing

Suatu Bingkisan Buat Semua

 

Apa Network Marketing Boleh Beri Kepada Anda

Network Marketing memberikan peluang keemasan kepada anda.
Apa yang anda lakukan dengan peluang itu yang akan membezakan pendapatan anda. Anda boleh mendaftar sebagai pengedar sebuah syarikat Network Marketing, mendapat 'kit' nya yang cantik dan gemuk dan menyimpannya dalam almari. Maka dapatlah anda pendapatan 0 ringgit sebulan kerana anda tidak langsung berusaha untuk mengembangkan perniagaan anda itu. Atau anda boleh melakukan perniagan anda sebagai hobi (bekerja bila suka) dan anda akan dapat pulangan yang setimpal. Atau anda bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan ini sebagai satu perniagaan dan mendapat pulangan yang lumayan, setimpal dengan usaha
yang anda keluarkan.

Andalah yang menentukannya. Andalah yang memilih dengan siapa anda
akan bekerja bersama dan berapa jam sehari anda ingin melakukannya.
Anda yang memilih waktu bila anda ingin bekerja, di waktu siang atau
malam atau lewat malam. Andalah yang menentukan samada anda ingin
bertemu pelanggan secara berseorangan atau di dalam kumpulan. Anda
yang menentukan bagaimana anda ingin memperkenalkan produk atau
perniagaan kepada prospek anda samada secara bersemuka, melalui
surat, melalui emel atau laman web.

Perniagaan ini ialah perniagaan ANDA dan andalah yang menentukan
halatujunya. Walaubagaimanapun, dalam kumpulan yang berjaya,seperti di Smart Success Team (SST) walaupun ini perniagaan anda sendiri,

anda akan diberi sokongan yang
padu oleh 'upline-upline' anda. Merekalah yang akan membantu anda
memulakan perniagaan dan mengajar anda segala langkah-langkah yang
perlu anda lakukan samada secara bersendirian atau bersama kumpulan
anda supaya anda semua boleh berjaya.

Bila anda memahami potensi tanpa batas dalam perniagaan berasaskan
Network Marketing, anda tidak dapat tidak akan Berjaya untuk
mencapai impian anda. Sebelum ini anda mungkin takut untuk
mengimpikan kesenangan seperti memiliki rumah besar atau kereta
mewah dan yang paling penting, kebebasan kewangan kerana pekerjaan
anda sekarang sememangnya tidak membolehkan anda mengecapi
kesenangan-kesenangan tersebut.



HEBAT BUKAN?

===============
Langkah Pertama Yang Bijak Ke Arah Kebebasan Kewangan

Sertailah kami SST  di

http://www.haffizy.usahawansejati.com

membantu anda ke PUNCAK KEJAYAAN

 

7 total comments / add comment

Sunday, May 13th 2007

12:29 AM

Salam Buat Semua

Salam Buat Semua

Bertemu kita di alam siber ini, suatu catatan buat anda

Dalam apa jua perkara akan bermula dengan suatu tindakan. Begitu juga bagi kita ingin mengecap kejayaan...ianya juga perlu dimulakan dengan suatu tindakan/usaha.  Jika tidak apa yang diingini hanya tinggal angan-angan.

Bagi merealisasikan kejayaan yang saya ingin kecapi maka terciptalah blog ini. Walaupun saya ketahui saya seorang yang sukar untuk menulis tapi atas dasar inginkan kejayaan perubahan perlu saya lakukan.

Satu perubahan untuk kebaikan memungkinkan akan wujud beribu lagi kejayaan ...insyallah. Yang penting ianya perlulah istiqamah(berkekalan).

Sekian buat kali ini.Wassalam

Hidup suatu perjuangan....untuk kebaikan dunia dan akhirat

0 total comments / add comment

Wednesday, May 9th 2007

2:08 AM

Welcome to your new Bravenet Blog.

  • Mood: Excited!
You can maintain your blog by logging in to your Bravenet account. Once you are logged in you can customize the layout, colors, and features. In addition, you can add your own links, edit your profile, add your friends, and change many other options to personalize your blog.

Once you begin using your blog, you can view statistics in your members area to see how many people are reading your blog as well as where they come from.

We hope you enjoy your Blog. Be sure to tell all your friends about this great new service from Bravenet!
0 total comments / add comment