BEBASKAN DIRI ANDA DARI KESEMPITAN KEWANGAN
Sertailah kami di Smart Success Team kerana anda akan dibantu untuk mencapai cita-cita anda menjadi bakal seorang JUTAWAN
Hubungi saya Haffizy di 016-2960400 atau layari http://www.haffizy.usahawansejati.com @ http://www.alivingmydream.com/haffizy/ untuk maklumat lanjut
Coretan Sehari ‘Lifestyle Career Choice’ Seminar di
Salam Pertemuan Buat Semua.
Telah terlalu amat lama aku tidak menulis diblogku ini.
Terasa menyesal kerana ruangan yang telah tersedia ada tidak aku manfaatkan sepenuhnya. Pelbagai alasan aku terbitkan dalam diriku yang menyebabkan aku tidak menulis diblogku ini.
Sempena dengan bulan Ramadhan al Mubarak ini, aku berjanji bahawa bukan sahaja amal ibadat yang akan aku pertingkatkan ..……malahan bisnesku Smart Naco ini juga akan aku lipat gandakan. Umpama hadis nabi yang bermaksud ‘ Beribadatlah penuh khusyuk umpama kau akan mati esok hari, dan berkerja keraslah umpama kau akan hidup 1000 tahun lagi ’. Dengan itu juga blogku ini akan aku kemaskini sekerap mungkin.
Buat permulaan azam baru ini, satu pengalaman baru yang ingin aku kongsikan mengenai ‘Lifestyle Career Choice Seminar (LCC)’ yang telah aku sertai pada 9 September 2007(Ahad) yang lepas. Setelah beberapa kali latihan, perjumpaan serta seminar yang ingin diadakan tidak dapat aku ikuti…..mungkin sebab kesibukan dan mungkin juga sikap aku sendiri akhirnya dapat aku menolak diriku ini agar memberi ruang dan masa untuk turut sama menyertai seminar yang julung-julung kali diadakan oleh Smart Success Team (SST). Aku amat-amat bertuah dan bersyukur kepada Allah s.w.t kernaNYA telah menggerakkan diri aku serta memberi aku usia, masa dan kesempatan bagi aku memperolehi ilmu yang amat berguna ini.
Terlebih dahulu ribuan terima kasih teramat sangat kepada Upline aku Pn Sophia. Atas usaha beliau yang tidak jemu-jemu menghantarkan informasi tentang latihan, seminar serta perniagaan Smart Naco ini, akhirnya dapat juga aku mengikuti seminar yang berguna ini. Bagi diriku satu ungkapan yang boleh aku katakan tentang LCC ini adalah HEBAT,
Tidak lupa juga kepada semua SPD & PD iaitu SPD Kaz, SPD Zul, SPD Che Din, PD Roshidi & PD Ashriee yang telah hadir serta tidak lokek ilmu dalam menyampaikan segala pengalaman mereka dalam SST serta berkongsi ilmu-ilmu untuk berjaya.dalam MLM Smart Naco menerusi SST
Antara yang dapat aku lihat dan analisa sepanjang seminar ini adalah KEIKHLASAN yang lahir pada setiap leader-leader dalam SST ini bagi memajukan setiap individu yang menyertai bisnes ini. Mereka adalah PEMIKIR (THINKERS) yang memeras otak bagi mencari jalan, ruang serta kaedah termudah dalam menjalankan bisnes ini. Kemudian segala penemuan tersebut mereka kongsikan bersama-sama dengan ahlinya agar kejayaan yang telah dicapai oleh mereka akan turut dikecapi oleh ahli-ahli mereka juga.
Ini yang menariknya dan terbaik dalam SST. Satu Kumpulan, Satu Matlamat, Satu Sistem. Sistem yang telah terbukti berjaya oleh mereka dikongsikan menerusi seminar, latihan serta pertemuaan seperti Seminar LCC ini. Kita hanya perlu memahami caranya dan mengikut serta mengaplikasikannya dalam menjalankan bisnes kita sendiri.
Selain dari itu juga aku temui semula tentang konsep DIRI. Aku, kamu dan mereka semua serupa iaitu manusia. Tiada bezanya. Sering terlupa dan perlu diingatkan, sentiasa belajar dan terus belajar, yang lebih dikongsikan bersama dan yang kurang cuba kita penuhinya. Maka berterima kasihlah kepada orang yang mengingatkan, dekatilah pada orang-orang yang berlimu, bersedekah kepada yang memerlukan dan berusahalah bagi mengecap kenikmatan dunia dan akhirat.
Itu yang dapat dilihat dalam LCC ini. Aku diingatkan semula tentang potensi diriku. Aku tahu aku boleh buat dan aku mesti buat. Tidak tahu bagaimana? Maka disinilah aku perlu belajar dan terus belajar dari SPD yang telah berjaya. Maklumat yang ada dikongsikan bersama bagi menjamin kejayaan turut dapat dirasai serta kekurangan yang ada akan cuba aku atasi sedikit demi sedikit.
Di LCC ini juga aku diperingatkan kembali tentang BERFIKIRAN POSITIF. Satu istilah yang nampak mudah dan ringkas. Ya Berfikiran Positif. Jika aku kata BOLEH maka bolehlah terjadi insyallah tetapi jika aku katakan TIDAK maka beribuuuuu alasan akan muncul dalam fikiran yang akhirnya membantukan segala usaha aku. Maka aku perlu gunakan KONSEP 21 yang telah aku pelajari dahulu iaitu dalam tempoh 21 hari setiap pagi selepas bangun pagi katakan kata-kata YA, BOLEH, PASTI pada diriku terhadap perkara-perkara yang menghalang untuk aku berjaya. Salurankan semua kuasa dan tumpuan kepada perkara yang boleh aku buat dan atasi kekurangan yang ada. Insyallah kejayaan akan muncul kelak.
Itu antara intipati yang aku perolehi dalam Seminar Sehari LCC baru-baru ini. Aku bertekad setiap detik dan degupan jantung ini akan aku cuba perkembangan bisnes aku ini agar matlamat KEBEBASAN KEWANGAN DAN MASA yang aku impikan dapat dikecapi suatu hari nanti insyallah.
Buat kesemua peserta yang mengikuti Seminar LCC dahulu aku doakan kejayaan anda sekelian dan buat ahli kumpulan aku GEMILANG - Din, Ira dan Gina tahniah atas kejayaan kumpulan kita dalam menggondol persembahan terbaik tempoh hari (you all the best). Anggaplah kejayaan ini merupakan batu loncatan untuk terus berjaya bersama Smart Success Team.
Wassalam
P/s :Buat Din tahniah menjadi ‘THE BEST MALE SPEAKER’