Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Sophia: Jadikan tahun 2008 ini sebagai tahun yang terbaik untuk mencapai segala IMPIAN! We can do it!
GK: happy new year..care to exchange link?if so let me know so I can add your link to my blog
Normala: Sdr Haffizy, terus lakukan biz ini dan kita lakukan sama-sama!
Normala: Salam Aidil Fitri untuk Sdr Haffizy sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Sophia: Salam Aidilfitri buat En. Haffizy seisi keluarga. Maaf dipinta andai ada tersalah laku, tersilap kata, terkasar bahasa. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Sophia, Akyairee dan Faris Akhyar
Sophia: Tahniah En. Haffizy. InsyaAllah dengan usaha yang gigih dan berterusan, kejayaan bakal menjadi milik anda!
Normala: Salam Ramadhan. Semoga terus sukses.
Normala: Tahniah Sdr Hafffizy. Teruskan usaha.
Sophia: Tahniah En. Haffizy di atas lahirnya blog ini. InsyaAllah kita berusaha bersama-sama mendaki PUNCAK JAYA! We can do it!

Please type in the four characters shown in the black box.

Saturday, December 29th 2007

10:51 PM

BERMULA LANGKAH SETERUSNYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua,

Bertemu sekali lagi dalam alam siber ini di penghujung 2007 ini.

Ya...telah terlaluuuu lama tidak saya coretkan dalam blog saya ini.  Tugas saya yang memerlukan saya sering ke luar daerah hampir setiap minggu kebelakangan ini menyebabkan peruntukan masa yang saya inginkan dalam bisnes ini amat-amat terbatas. Ditambah pula dengan kekurangan kemudahan internet menambah kesukaran saya untuk mengemaskini blog saya. Masa berlaku begitu pantas sedar-sedar kini telah tiba ke penghujung Tahun 2007.Tetapi di dalam hati dan fikiran saya sering terfikirkan tentang impian saya untuk berjaya dalam bisnes ini masih tertangguh lagi..... terlalu banyak halangan dan ranjau yaa.

Bila saya kenangkan semula dari bacaan-bacaan saya dalam artikel akhbar Berita Harian tentang orang-orang yang telah berjaya dalam bisnes tiada satu pun dari mereka yang berjaya dengan MUDAH. Semuanya mengalami pelbagai rintangan sebelum mereka mengecap kejayaan. Itu yang sering memotivasikan diri saya setiap masa ....Ya JIKA MEREKA BOLEH MAKA AKU PUN PASTI BOLEH.  

Maka itu yang saya katakan pada diri saya sepanjang masa setiap hari. Ini saya lakukan agar impian yang saya inginkan akan menjadi kenyaatan suatu masa nanti. 

Maka dengan tekad dan azam, pengorbanan perlu saya lakukan. Langkah pertama adalah dengan melabur membeli komputer riba siap dengan kemudahan internet telah saya lakukan. Ini semua agar SDA akan dapat saya lakukan dengan lebih aktif lagi.  Selain itu saya dan keluarga juga telah menjadi pengguna tetap produk Smart Naco agar keberkesanan dan kehebatannya dapat kami sebarkan dengan mudah kepada bakal prospek.

Insyallah....seterusnya blog saya ini akan  dikemaskini sekerap yang mungkin bagi tatapan anda semua. Segala maklumat yang saya perolehi akan saya cuba kongsikan buat anda semua.

Telah tiba bagi saya memulakan pecutan untuk kejayaan yang saya inginkan dalam bisnes Smart Naco bersama Smart Success Team. Buat upline saya Pn Sophia yang tidak putus-putus memberikan dorongan untuk berjaya dalam bisnes ini.Terima kasih diucapkan.

Bagi anda yang ingin turut serta bersama-sama saya jangan berlengah lagi. Lawatilah http://www.alivingmydream.com/haffizy/ untuk maklumat lanjut.

Sekian buat masa kini. BERTEMU KITA DI PUNCAK KEJAYAAN . UNTUK KEBEBASAN MASA DAN KEWANGAN YANG DIIMPIKAN

0 total comments.

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see